Followers

Thursday, November 11, 2010

Trip Makan Angin & Mandi Hujan : 6 & 7 Nov 2010

5 November 2010 (Sabtu)

Kali ini, bertiga (Saya, Zamri & Roy) dgn misi trolling di port biasa kami. Ini merupakan trip menunda kali ke-5 kami di perairan Semporna. Trip terdahulu alhamdulillah 'memuaskan'.. beberapa kerapu, alu-alu, talang, MJ & GT telah berjaya ditawan, walaupun saiznya dibawah 3kg..

Mudah2an kali ini ikan bersaiz mega pulak menjadi mangsa..

Perjalanan bermula dari jeti nelayan sebelah hotel seafest Semporna. Keadaan cuaca agak mendung.. laut yg pasang dah beransur surut...



Keadaan air pasang yg luar biasa di Semporna, Sabah.. Perahu boleh di"park" diberanda rumah..



Beginilah keadaannya bila air pasang besar... banjir oleh air masin, tentu seronok budak2 main air dlm rumah..tentu jugak sibuk tuan rumah "mengurus" brg2 dlm rumah..

Setengah jam perjalanan ke port.. jam 7.30 pagi gewang mula diturunkan. Laluan tundaan adalah disebelah pulau.. melintasi ladang agar2 penduduk tempatan..

Bercucuk tanam di laut.... ladang rumpai laut


Gewang kepala merah jenama santec saya pertaruhkan, Roy pula dgn Hinomiya kepala merah. Sejam berlalu tanpa sambaran... hanya sampah yg sudi mensuspenkan keadaan...


Gewang cap santec terbelah hanya krn tersangkut sampah...



Tercabut mata kail setelah menerima regutan kecil... tarak guna punya santec




GT remaja hasil pertama gewang Tormentor oren... Itulah satu2nya hasil trolling kami hari itu setelah lebih 3 jam menunda.. dgn 2 gewang telah selamat dijadikan tukun, sekor ditindik kat hidung alu-alu dijadikan anting2 sbg hadiah kenang kenangan..




Merambat/menjala di sungai mencari umpan utk membottom.. beberapa ekor shj dpt..





Ikan Pogot/Jebong berumpankan basong pasar




Brother Roy dgn ikan pisang2 ?




Zamri ber"bira2" Lumahan/kembung





Ikan apa ni?.. Zamri cakap namanya ikan Tawau..


Setelah kesejukan berhujan... kami bertolak pulang tepat jam 2.30 ptg..


Ahad (7 Nov 2010)

Hari ini agak lewat turun kelaut.. jam 8.30 pagi baru bertolak dari jeti. Cuaca agak panas, kali ini misinya adalah Trolling & Casting di Sungai..mencari Tembaring..



Tangkapan pertama dari Zamri dgn Hinomiya kaler hijau..



Alu-alu kecil di sungai...





Kerapu kedua Zamri di muara..



Baby GT mangsa Abu Tormentor






Roy dgn kerapunya






Ikan Putih/GT hasil trolling terakhir kami...
Jam 1.00 ptg ke Jeti Pakalangan.. anak isteri dah menunggu di sana utk acara makan2




Jeti Pakalangan yg dah semakin uzur...
Trip ini merupakan trip terakhir saya di Sabah pada tahun 2010 krn pd 14/11/2010 akan bertolak pulang ke kampung... jumpa lagi di tahun hadapan..



Thursday, October 28, 2010

Trolling Lagi..: 23 & 24 Okt 2010

Ahad (23.10.2010)


Trolling lagi... di port yg sama & ahli komplot yg sama, seawal 6.30 pagi bertiga bertolak dari rumah Zamri di Bubul ke jeti nelayan, Semporna..


Jam 7.00 pagi mula bertolak, Zamri mengambil posisi sbg botman... walaupun kebiasaan perjalanan ke port trolling mengambil masa hanya 30 minit dgn enjin 15hp, tp kerana masalah mekanikal, 1jam setengah jugak baru sampai ke destinasi...


Kelajuannya ngam2 saja utk menunda, sebaik shj melintasi Tampi-Tampi gewang hinomiya kaler pink diturunkan.. dgn tali sulam 30lb dan reel shimano catana 4000FA, dipadankan dgn joran exori medium action..


Setengah jam berlalu tanpa sambaran.. hanya sampah sarap shj yg sangkut, maklumlah melintasi perkampungan atas air yg penduduknya menjadikan laut sbg tong sampah besar mrk..

Setelah byk kali terganggu dgn sampah, akhirnya satu sambaran diterima disuspekkan drp alu-alu krn sekelip mata lure hilang dgn kesan gigitan pd tali sulam 30lb..



Gewang keramat kepala merah cap ayam terpaksa diturunkan.... memang killer gewang ni, baru 10 minit beraksi... terus disambar sang GT, begitu juga dgn gewang hinomiya hijau si Roy... memang karenz spot ni..



Double strike bro....

Aksi dgn sang GT... kelam kabut jugak dibuatnya



Lesen Reel baru..

Alu-alu mangsa Abu tormentor kaler biru..



Zamri dgn lesen gewang barunya...







Kerapu penunggu tiang...




Kerapu 2.5 kg mangsa gewang keramat... aku x pasti jenamanya, lama dah dlm simpanan..



Jam 12.00 th ke Jeti Pakalangan, anak isteri dah menunggu di sana utk acara makan2



Anak2 bermain dalam bot...



Anak dagang makan nasi dagang..



Jam 3.00 ptg sambung memancing kali ini dgn membottom berumpankan sotong pasar.. kerisi & kerapu selebar 2 /3 jari yg banyak dinaikkan..



Spesis ikan karang hasil membottom




Antara spesis kerapu yg berminat kpd sotong pasar...


Jam 4.00ptg bertolak pulang ke jeti.... hari Ahad sambung trolling lagi...




Ahad (24.10.2010)


Bertiga ( Aku, Zamri & Roy) dgn misi trolling sampai muntah.... spesis apapun tak kisah, keadaan cuaca menyebelahi kami... redup dgn angin sepoi2 bhasa..

Harapan tinggi diletakkan kpd gewang keramatku... mudah2an dptlah bapak GT kali ni...



Kelihatan ramai pemancing tradisional (memancing sambil mengharung air paras pinggang/dada) sepanjang laluan trolling kami..






Aksi pertama dari gewang hinomiya kepala merah Bro Roy yg berjaya menawan GT remaja..




Tarikan tak boleh control dari penunggu tiang...



Hasilnya kerapu 2.9 kg...




Zamri dgn GT remaja...



Roy dgn GT nya.... walaupun kelibat kawanan Gt & tenggiri meriah menyambar lumahan di spot tersebut, namun gewang kami tidak dihiraukan... sehinggalah satu tarikan kuat pada joranku... suspek utama ialah bapak GT, setelah 15 minit bertarung dgn penuh kesuspenan, akhirnya mangsa sebenar menunjukkan kelibatnya...rupa2nya sekor penyu yg tersabit gewang keramatku di kepalanya... selamat kuhadiah sbg cenderahati kpd sang penyu... Selamat tinggal gewang cap ayam kesayanganku..... setengah tahun jugak dia berkhidmat dgn cemerlang... akan ku cari penggantinya...


Hasil trolling terakhir... ikan talang vs sesudu bakau...
Jam 3.00 ptg bertolak pulang ke jeti... "We'll be back"
Sekian laporan kali ini.... jumpa lagi...

Wednesday, October 6, 2010

Trolling di Semporna, Sabah : 2 & 3 Okt 2010

Alhamdulillah.. akhirnya dptlah aku menyiapkan laporan trolling ini... dek krn liduknya berukban... laporan yg boleh siap setengah jam mkn masa 3 hari jugak baru beres.... kelembapan line internet yg teramat.. nak uploadkan 1 gambarpun terkial2...


2/10/2010 (Sabtu)



Bersama Zamri & Roy dgn misi memburu spesies pemangsa dgn teknik menunda gewang.... port pilihan memakan masa 30 minit perjalanan dgn enjin yamaha 15hp..



Seawal 7.30 pagi gewang dah diturunkan utk beraksi.... dua gewang ditunda serentak, Roy & Zamri bergilir2 menjadi driver bot... Target utama ialah Tembaring/ kanai/ black bass, spesies idaman setiap anglerz...



Baru 10 minit gewang keramatku beraksi.. terasa tarikan tak boleh control dari joran yg kepegang erat... alhamdulillah, mangsa pertama GT yg bersaiz remaja....


Baby GT mangsa gewang berkepala merah...


Zamri yg mengambil giliran sbg pemandu bot, beliau pernah menaikkan 3 tembaring di port ni...



Melintasi gelanggang kekumpauanku suatu masa dulu dan dulu.....


Alu-alu saiz 2kg++ oleh bro Roy... gewang abu garcia tormentor kaler belang hijau, kuning, pink..






Merambat udang utk umpan membottom... 2/3 ekor jer dapat...




Zamri dgn Alu-alu kedua hari tu... hasil usaha tormentor dari kedai dolphine Tawau...



Siakap Merah dari gewang berkepala merahku... rekod MJ terberatku setakatni...


Sebelum pulang, sempat mancing kerisi.. menghabiskan umpan sotong pasar yg dibeli... sambutannya amat menggalakkan.. sekejapjer penuh baldi..





Cucu kerisi selebar 2/3 jari... sekali naik 3 ekor...



Ikan Pogot/Jebong....




Jam 1.30 ptg kami bertolak pulang dgn hasil trolling 1 GT, 2 Alu-alu & 1 MJ serta sebaldi kerisi..



3/10/2010 (Ahad)


Bertiga lagi (Aku, Zamri & Roy).. bertolak dari pukul 8.00 pagi.. keadaan laut baik, air dah mula surut....


Merempit..........




Laut jernih.. nampak jelas batu karang, permandangan biasa di perairan Semporna... cantik..



Sesampai sahaja di port .. gewang Tormentor Zamri disambar kerapu bersaiz 2.5 kg dan sekali lagi sekor kerapu yg lebih kecil berjaya ditewaskan oleh abu garcia tormentor sebelum bro Roy mengambil alih joran..




Kerapu kedua Zamri... menyambar sejurus selepas melintasi selekoh maut...




Roy dgn Alu-alu yg menyambar gewang tormentor..... Gewang keramat berkepala merahku juga menerima sambaran drp alu2 yg lebih besar, tp tak sempat dinaikkan ke perahu krn rabut... terkangkang mata pancingnya....





Tormentor yang killer..... kerapu yg pelahap, sempat lagi menyambar popper Zamri walaupun tersabit gewang dimulut...


Tidak berapa lama lepastu gewang tormentor berkubur akibat tarikan tak boleh control di tgn Bro Roy....




Killer jugak gewang kepala merahku ni... nyaris2 terkubur di laut.... akhirnya timbul semula menampakkan kepalanya yg merah tanpa disangka2...




Kerapu Sunuh oleh Roy dgn gewang Hinomiya pink... pengganti arwah tormentor..



Gewang kepala merah yg sering terkangkang matanya....



Hinomiya vs Alu-alu...




Ikan Samurai/ parang/ barira.... gewang kepala merah yg mata pancing dpn dah patah..

Hasil trolling sebelah pagi...
Jam 12.00 th ke jeti Pakalangan... berehat, anak isteri dah menunggu di jeti utk acara 'makan-makan'

Anak isteri bersiar2... sambil bapa2 berehat2 dan membuat apa yg patut...
Jam 4.00 ptg acara menunda disambung... hanya seekor kerapu shj yg menjadi mangsa kali ini..

Zamri dgn kerapu terakhir...... pukul 5.30 ptg beransur pulang dgn kepenatan, namun puas.. walaupun tembaring idaman kalbu masih jadi angan2..

Jumpa lagi dilain laporan...


Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!