Followers

Monday, April 12, 2010

Memancing Udang Karang : Ahad (11.04.2010)

Memancing lagi.. kali ni bersama Raul, Brother Am & Ali selaku juragan... bermula jam 9.00 pagi... spot pancing kali ini ialah Takat Batu 4, takat Bt. Payung & Muara Ice BOx...

Berikut gambar2 yg sempat dirakam....


Brother Am dgn udang karang yg berjaya dipancing

Aku bersama ikan putih baby dgn kaedah membottom berumpankan udang hidup

Brother dgn ikan putih


Raul dgn hasil pancingannya




Ikan Putih baby spesis yg banyak kami dapat selain 2 ekor pari & beberapa Kuli balai
Jam 1.30 ptg kami pulang setelah tak tahan lagi berjemur panas....
Sekian dulu laporan utk kali ini... jumpa lagi, bye....



Thursday, April 8, 2010

Santai Lagi ! : berkelah, mancing, memukat & snorkelling di Pakalangan - Ahad (04.04.2010)

Setelah semalam (Sabtu) seharian memancing dgn Zamri di Perairan Semporna... hasilnya kurang memuaskan... Hari ini bersama ahli komplot seramai 9 orang (4 dewasa, 5 anak2) ke Pakalangan utk aktiviti bersama keluarga.......

Perancangan pada awal pagi tertunda ke petang krn hujan lebat... jam 1.30 ptg bertolak dari rumah Zamri di Bubul ke Pakalangan (15 km)





Sepetang di Pakalangan bersantai.. diisi dgn acara makan2, mengcasting, membottom, memukat, mencari siput, mandi manda & baring2.....




Along.... anak yg sulung, berpossing dgn tapak sulaiman....




Hanya ikan kecil yg berjaya dipancing (bottom) setelah percubaan casting tiada sambutan



Puteri Duyung... yg telah berjaya kupancing 14 tahun yg lalu.... terima kasih umi krn memahami.. he he he....





Zamri dgn hasil snorkellingnya...




. kima & kahanga..antara kerangan yg dikutip Zamri




Hasil yg tersangkut dipukat....
Jam 6.00 ptg pulang ke Bubul krn hari dah mau malam.... Jam 9.00 mlm pulang ke Tawau.....
Sekian utk kali ini, jumpa dilain laporan.... Insyaallah hari Ahad (11.04.2010) mancing pula di Perairan Tawau bersama Raul & Brother Am... bye...




Wednesday, April 7, 2010

Mancing lagi ! : Sabtu (03.04.2010)

Yeah.. cuti dtg lagi, Jumaat(Good friday)..Sabtu & Ahad memang cuti.. kesempatan utk ke Semporna menziarahi keluarga & mancing..
Perjalanan Tawau Ke semporna lebih kurang sejam setengah (108 km).. Sampai ke rumah Zamri jam 10.00 mlm..
esok (sabtu) mancing... berdua dgn Zamri di perairan Semporna..

Perkampungan Simunul... kelihatan paras laut hampir mencecah lantai... menandakan air pasang besar tak sesuai utk mancing.. arus deras akan berlaku apabila surut nanti... tp itu bukan menjadi masalah.. yg penting dpt turunkan pancing.. itu dah kira trip yg berjaya.. teringat pulak definisi BERJAYA drp rakan blogger brother Jemohid ... aku setuju benar..


Zamri dgn ikan batu..


Hanya kerisi kecil & beberapa kerapu baby yg sudi menjamah umpan





Hasil pancingan dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 ptg.. alhamdulillah ada juga hasil..
Sekian dulu, jumpa lagi bye..



Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!