Followers

Friday, November 4, 2011

Ikatan dan simpulan pancing, perambut, mata kail..

Lama dah tak update blog nih krn lama tak turun ke padang pancing.. Drp terus bersawang, kali nih aku kongsikan teknik ikat mata kail dan perambut yg aku cilok dari blog2 pancing . Teknik ikatan atau simpulan ini amat penting bagi seorang pemancing . Pengetauhuan ini perlu untuk memastikan betapa kukuhnya ikatan tersebut supaya pemancing tidak berputih mata apabila beraksi.

Berikut beberapa teknik yg boleh dipilih oleh kaki pancing...






















Akhir sekali aku ucapkan selamat mencuba.. semoga mendapat hasil yg diharapkan..
 



Thursday, September 15, 2011

Mancing semasa Puasa & Raya

Lama dah tak update blog nie... bukan tak ada xtvt mancing, tapi hasil pancingan yg hampeh !!.. nak amik gambar pun tak bersemangat.. almaklumlah ikannya curut2 aje.. kalau bawak pulang rumah tentu diperli oleh bini... jadi lebih baik sedekah kpd yg mahu..

Sepanjang Ramadhan beberapa kali jugak pi mancing... landbase di sungai. nak pegi laut tak boleh krn cuaca masih belum mengizinkan... Angin Selatan masih bertiup.. jadi mancing sekadar lepas gian shj.. hasilnya habuk pun tarak !!..


Kesempatan pulang ke kampung isteri sempena Hari Raya digunakan dgn sebaiknya.. Zamri dan azman juga tlh berda d kampung.. jadi apa lagi, trip terkejut diatur... trolling & mancing di sungai Tungku..

Zamri & Azman sedang menyiapkan pancing


Zamri sedang melayan tarikan ikan.. tapi sayang tangsi 30 lb tak dpt menahan asakan yg ganas


Satu2nya hasil trolling aku.. Yu Muara ( ikan bedukang)


sedang memerhatikan laut yg tak pandai teduh..


Musim angin selatan.. dah 2 bulan bertiup.. kalu berentipun sehari dua jer.. baru nak turunkan perahu, bertiup le balik.. hehhehe..


Azman & Zamry yg rajin merambat (menjala)



Aku pula lebih suka baring2... maklumlah puasa..


Hasil rambatan...


Zamri dgn hasil pancingan..


Lagi hasil dari pancing Zamry..


Azman dgn bedukang.. bedukangpun bedukanglah, yg penting tarikan !!


Hasil terbaik d petang hari raya pertama... Laut yg teduh menyebabkan aku & Zamry kelaut juga walau di hari raya dan terpaksa mendayung krn enjin bermasalah...


Sekian dulu, jumpa dilain laporan... Angin Selatan dah macam mau reda dah nie...




Monday, August 8, 2011

Kerapu gergasi 168kg dijual RM7,560





GERGASI. Lapan nelayan terpaksa memerah keringat untuk menaikkan ikan kerapu sepanjang dua meter dan berat 168 kilogram sewaktu ia masuk ke dalam pukat di perairan Teluk Bahang, Pulau Pinang kelmarin.

Ikan itu kemudian dijual oleh peniaga, Tan Kah Seng di pasar Lebuh Cecil, George Town semalam kepada pemilik restoran, Che Kean Ghee dengan harga RM7,560. - Bernama

Saturday, July 30, 2011

Lama Tak mancing....

Lama tak update blog.. bersawang dah.. bukan krn sibuk, tp krn lama tak mancing.. lebih sebulan dah gantung joran.

Kebelakangan ni cuaca tidak mengizinkan, musim angin selatan tlh bermula.. baahaya kpd bot2 kecil, djangkakan sebulan lagi baru berenti...

Ramai kaki2 pancing beralih arah ke sungai2 atau parit cari haruan... Ada jugak yg mencuba hobi baru.. memikat terkukur atau mendenak ayam hutan..

Trip terakhir kami sebelum cuti panjang ni ialah pd hujung bulan lepas... trip trolling d sekitar pulau larapan, Semporna..

Trip bersama Zamri, abg long dan Amir ini boleh dianggap trip mkn angin shj krn tiada sekorpun ikan Pelagik yg sudi sambar gewang... hanya sekali gewang zamri putus angkara tenggiri atau alu2..





Bertolak dari jeti nelayan Semporna







Pekan semporna ditinggalkan..





perjalanan ke port memakan masa hampir setengah jam..






bukan hasil trolling...




Membottom setelah sesi trolling yg hampehh...





Zamri dgn tembaring patbelas kelo.. hehehe






Pulau Sumandi....tempat bertugas rakan pancing n blogger pencinta pancing





Pulau Larapan Hujung, Semporna






Cantik... Panorama biasa di Semporna, datanglah berkunjung...






Sesi mancen ditamatkan pada jam 3.00 ptg.. tiada hasil yg membanggakan, belum ada rezeki... cuba lagi dlain kali...




akhir sekali..sempena dgn ketibaab Ramadhan tahun ini , Saya mengucapkan Selamat Ramadhan Kareem kpd semua..




Sirna mentari di ufuk Syaaban
Tiba malam yang penuh erti
Dalam kelam bersinar keindahan
Ramadhan tiba sekali lagi




Semoga kedatangan Ramadhan ini disambut dengan kesihatan tubuh badan, keringanan beramal kebaikan, kesungguhan memperbaiki kekurangan, kemaafan melapangkan jalan kebahagiaan...





Thursday, June 9, 2011

Memancing di Membatu, Tungku, Lahad Datu : Jun 2011

Alhamdulillah......... kerapu seberat 8kg ++ telah berjaya di pancing pd 01.06.2011, rekod terbaru kerapu tercipta di Laut Membatu, Tungku, Lahad datu, Sabah semasa memancing bersama otai pancing Pak pandaug..





Hanya 2 ekor sahaja ikan yg berjaya kami pancing pd malam itu.... Namun syukur kehadrat ilahi krn rezekinya yg tidak disangka walaupun ini adalah trip terkejutt.....




1/06/2011 (Rabu)


10.00 pagi - Bertolak dari Sahabat 16 (rumah Pakcik Bauk) ke Pekan Lahad datu utk menziarahi keluarga d sana ..... singgah sebentar d kg. Membatu, tempat membesar isteri tercinta.. dah agak lama kami tak berkunjung di sini...






Selesai mkn tengahari, tengah duduk2 d beranda.. kelihatan 2 remaja mengandar ikan utk dijual kpd peraih, yg sgt menarik perhatianku ialah sekor kerapu seberat 13kg yg masih bernyawa... nyawa2 ikan..






rupa2nya ikan tersebut d pancing oleh Pak Pandaug d takat rahsianya... Apabila shj Pak Pandaug sampai d rumah, aku terus menyapa dan soalan cepu emas terpancul dari mulutku, "Bila pegi lagi?".. macam faham apa yg bermain difikiranku Pak pandaug menjawab "malam ni kita pegi kalau mau"... seperti org mengantuk dsorongkan bantal, aku terus mengiakannya, walaupun plan asal hanya utk singgah shj sebeelum ke lahad datu... nasib baik dlm bonet kereta sentiasa ada kelengkapan memancing...







Berehat2 menunggu jam 5.00 ptg..


Jam 5.30 pm- Ke pengkalan yg jaraknya lebih kurang 200meter dari rumah..






Pak pandaug tengah meenyiapkan perahu... kecik perahu ni...







enjin bot (Pamboat) motoyama 6.5cc berherga RM350.... murah.. petrol pun jimat, 1 botol (1.5 l ) pun cukup..






Pulau apa tuh... pulau ini juga dpt dlihat dari Semporna.. Perjalanan ke spot dtuju mengambil masa hampir setengah jam..






Jam 6.00ptg- Pak pandaug mula menyediakan lampu... aku mengambil kesempatan utk cuba menjigging yg sehingga skrng masih belum dpt lesen lagi...hehhehe






Umpan tulai hasil dari "bira-bira"... susah nak dpt umpan hari tu...



Menurut Pak Pandaug kedalaman disitu ialah 40 depa, umpan yg paling sesuai adalah ikan tulai hidup, dicangkuk d bwh perut dgn matakail no 6.... perambut sepanjang sedepa setengah dgn tali utama sekurang2nya 50lb..






Kerapu pertama .. huru hara d buatnya... kebetulan Pak Pandaug tengah solat Isyak.. hampir 10 minit juga baru berjaya dinaikkan...



Selepas itu, beberapa misscall diterima... dari pengalaman, Pak Pandaug menyatakan bhw datangnya dari ikan Tabung(spesis ikan merah)... mata pancing tidak solid melekat d bibir ikan krn saiz mata pancing & umpan yg besar...



Apabila arus dah mula lemah, timbul satu masalah apabila umpan dirosakkan oleh sejenis ulat laut...






Hewan laut yg merosakkan umpan... terpaksa kerap menukar umpan, kalau tak....






habis.. tinggal tulang jer, macam pirana pulak hewan nih... Kebetulan malam tu, ikan tulai payah di bira-bira... kebanyakan masa byk dihabiskan utk cari umpan..







Kerapu kedua berjaya dinaikkan oleh "otai pancing" Pak Pandaug pada jam 11.00 mlm dgn handline 60lb.... tiada masalah baginya walaupun mata pancing tersabit di ekor...








Gambar 2 ekor kerapu yg berjaya dipancing pd mlm itu....






jam 12.00 tengahmalam: terpaksa pulang awal setelah penat mengunjun bira-bira.. ikan tulainya entah kemana...




8/6/2011 (Rabu)





Setelah tertunda beberapa kali trip repeat ke takat rahsia Pak Pandaug dek cuaca yg tidak mengizinkan.. akhirnya petang rabu angin barat telah reda yg memungkinkan nelayan turun ke laut mencari rezeki..


Bersama Pak Pandaug bertolak dari pengkalan pada jam 5.30 ptg... acara dimulai dgn pancing bira-bira (Apolo) mencari umpan.. ikan tulai cukup mudah didapati berbanding trip sebelumnya...




jam 7.30 mlm- kami telah menurunkan pancing... beberapa strike diperolehi, tapi sayang nasib tidak menyebelahi kami... beberapa kes tali putus di sambar alu-alu dan sekali ikan tabung yg hampir sampai dibirai perahu terlucut bila mau d angkat..




Keseronokan memancing tidak berterusan krn cuaca tidak mengizinkan... angin barat dah mula bertiup, menyebabkan ombak yg boleh membahayakan bot2 kecil




Kami pulang pd jam 11.00 mlm dgn hanya membawa pulang ikan tulai shj....






09/06/2011 (Khamis)




6.00 pagi- Turun semula ke laut, setelah mendapati laut teduh.. tambahan pula umpan tulai semalam yg banyak...


Jam 6.30 pagi di sabah.. matahari dah tinggi..





Laut tenang dan tidak berarus mungkin menyebabkan kami "membangau" shj pagi ini.. sehingga tengahari tiada usikan... walaupun acapkali pindah randah... melawat2 bot mancing yg lain...






Aksi rakan menyandat sotong...







Sotong yg bersaiz sedap dilayan... 7 ekor berjaya dinaikkan oleh brader ni...






Jam 11.30 pagi- pulang ke pengkalan krn tiada layanan dari penghuni dasar, tambahan pula panas terik yg semakin membahang panasnya...






Petang pulang ke Sahabat 16... Insyaallah kalau cuaca mengizinkan, hari Sabtu mancing pula di Tambisan bersama Zamri & Azman...








Sekian dulu, jumpa dlain laoran
 

















Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!