Followers

Saturday, July 30, 2011

Lama Tak mancing....

Lama tak update blog.. bersawang dah.. bukan krn sibuk, tp krn lama tak mancing.. lebih sebulan dah gantung joran.

Kebelakangan ni cuaca tidak mengizinkan, musim angin selatan tlh bermula.. baahaya kpd bot2 kecil, djangkakan sebulan lagi baru berenti...

Ramai kaki2 pancing beralih arah ke sungai2 atau parit cari haruan... Ada jugak yg mencuba hobi baru.. memikat terkukur atau mendenak ayam hutan..

Trip terakhir kami sebelum cuti panjang ni ialah pd hujung bulan lepas... trip trolling d sekitar pulau larapan, Semporna..

Trip bersama Zamri, abg long dan Amir ini boleh dianggap trip mkn angin shj krn tiada sekorpun ikan Pelagik yg sudi sambar gewang... hanya sekali gewang zamri putus angkara tenggiri atau alu2..





Bertolak dari jeti nelayan Semporna







Pekan semporna ditinggalkan..





perjalanan ke port memakan masa hampir setengah jam..






bukan hasil trolling...




Membottom setelah sesi trolling yg hampehh...





Zamri dgn tembaring patbelas kelo.. hehehe






Pulau Sumandi....tempat bertugas rakan pancing n blogger pencinta pancing





Pulau Larapan Hujung, Semporna






Cantik... Panorama biasa di Semporna, datanglah berkunjung...






Sesi mancen ditamatkan pada jam 3.00 ptg.. tiada hasil yg membanggakan, belum ada rezeki... cuba lagi dlain kali...




akhir sekali..sempena dgn ketibaab Ramadhan tahun ini , Saya mengucapkan Selamat Ramadhan Kareem kpd semua..




Sirna mentari di ufuk Syaaban
Tiba malam yang penuh erti
Dalam kelam bersinar keindahan
Ramadhan tiba sekali lagi




Semoga kedatangan Ramadhan ini disambut dengan kesihatan tubuh badan, keringanan beramal kebaikan, kesungguhan memperbaiki kekurangan, kemaafan melapangkan jalan kebahagiaan...





Related Posts with Thumbnails

Sila Klik... please !!!